KUCHING: Yang Di Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud merasmikan Taman Islam Darul Hana yang terletak dalam pekarangan Masjid Darul Hana malam tadi.

Turut hadir ialah isterinya Top Puan Ragad Kurdi Taib dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Projek yang bernilai RM6.8 juta itu dibangunkan oleh Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) bermatlamat untuk mereliasasikan inisiatif Kerajaan Sarawak bagi melahirkan konsep “masjid dalam taman”.

Fasa pertama pembinaan bermula pada Mac 2019 dan siap pada Oktober 2020, manakala fasa kedua dijangka bermula pada tahun 2021.

Keseluruhan keluasan tanah adalah dalam sekitar 12 ekar.

Perasmian taman tersebut merupakan antara acara yang berlangsung sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak bagi tahun 1142H/2020M.

Majlis perasmian bermula selepas solat maghrib berjemaah dengan sesi tazkirah oleh Mufti Negeri Sarawak Datuk Kipli Yassin.

Tun Taib dan Abang Johari serta jemaah yang lain bersama-sama melantunkan Zikir Maulid bagi memperingati Hari Keputeraan Nabi Muhamad SAW.

Hadir sama, Speaker Dun Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Hal Ehwal Agama dan DBKU Datuk Abdul Rahman Junaidi, Yang Di Pertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha serta Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Mohd Abu Bakar Marzuki.