KUCHING: Tiada kluster baharu kes Covid-19 dikesan di Sarawak hari ini tetapi lima kluster sedia ada masih aktif, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas .

Menurutnya, kluster yang masih aktif ialah kluster Bah Arnab, kluster Baki, kluster Seladah dan kluster Green Hill di Kuching serta kluster Putra di Bintulu.

“Hari ini terdapat 19 PUI baharu dilaporkan dan empat lagi PUI masih menunggu keputusan ujian makmal.

“Dalam pada itu, daerah Kuching kekal berstatus merah dengan jumlah keseluruhan seramai 77 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari lalu,” katanya pada sidang media harian pandemik Covid-19 di sini hari ini.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBM) menambah, ini menjadikan jumlah daerah berstatus merah adalah satu dan 39 daerah lain di Sarawak kekal berada dalam status hijau.