GEDONG: Sebuah hotel akan dibina di kawasan Gedong tidak lagi, kata Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais.

Sambil berseloroh Mohd Naroden berkata, hotel bertaraf tiga bintang itu dan mungkin sama saiznya dengan sebuah hotel di bandar Serian.

Mohd Naroden berkata, cadangan membina hotel berkenaan sebahagian pelan pembangunan jangka panjang di Dun Gedong.

Menurutnya, cadangan untuk membina hotel ini diluluskan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semasa pertemuannya dengan Ketua Menteri baru-baru ini.

Katanya, turut dicadangkan ialah pembinaan tiga jambatan yang menghubungkan kawasan Gedong ke Kota Samarahan, Pangkor, Simunjan, Sebuyau dan ke pusat bandar raya Kuching.

“Pembinaan hotel di Gedong perlu memandangkan Gedong akan menjadi tumpuan penduduk dari luar kawasan apabila kerja pembinaan jalan raya dan tiga jambatan akan menghubungkan Gedong dengan Kota Samarahan, Pangkor, Simunjan dan Kuching siap kelak.

“Malah jarak perjalanan dari Gedong ke Kota Samarahan serta Kuching akan lebih dekat jika melalui jalan raya dan jambatan ini kelak,” katanya.

Mohd Naroden berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Maulidur Peringkat Zon Gedong di Panggung Udara Gedong pada Khamis.

Menurut Mohd Naroden kerja pembinaan tiga buah jambatan dan jalan raya baharu ini akan dilakukan tidak lama dan tender akan dikeluar November ini.

Mohd Naroden juga memberitahu, projek mega lain yang turut dicadang dan diluluskan untuk dibina di Gedong ialah pembinaan Pusat Pembangunan Komuniti.

Katanya, cadangan projek Pusat Pembangunan Komuniti juga telah diumumkan oleh Ketua Menteri semasa menghadiri

Program Hari ini Untuk Esok – Today For Tomorrow – di Gedong baru-baru ini.

Menurutnya, Pusat Pembangunan Komuniti ini akan dilengkapi dengan kemudahan bersukan yang lebih canggih termasuk padang bola sepak, padang futsal, dewan perhimpunan dan seminar serta tempat penginapan.

Selain itu katanya, kerajaan juga bercadang membina jalan raya baharu yang akan menghubungan Gedong ke Ulu Simunjan.

Katanya, apabila siap kelak jarak perjalananan dari Gedong ke Ulu Simunjan lebih mudah dan lebih singkat.

Sambutan Maulidur Rasul tahun ini dikelolakan Surau Darul Madinah, Kampung Kanchong Jaya, Gedong.

Hadir sama Penghulu Abang Ronnee Abang Saadeli, Ketua PBB Zon Gedong, Ali Bujang dan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola, Brig. Jen (B) Hussein bin Mud.

Sebagai langkah berjaga-jaga berikutan wabak Covid -19, acara sambutan Maulidur Rasul peringkat Zon Gedong diadakan dalam kelaziman baharu.

Jumlah yang hadir dihadkan dan semua hadirin dikehendaki mematuhi SOP dengan menggunakan pelitup mulut dan hidung, mengamalkan penjarakan sosial, menggunakan sanitasi tangan dan mengimbas suhu badan.

Manakala beberapa acara menarik seperti perarakan kontingen, tilawah al-Quran, pertandingan nasyid dan bacaan berzanji dibatalkan.

Acara yang dipertandingkan ialah pintu gerbang dan sepanduk.