MUKAH: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Politeknik Mukah (PMU) pertama kali menganjurkan Eskpo Projek ICT (EPICT 9.0) secara dalam talian berikutan pandemik Covid-19.

Ketuanya Mariati Masduki berkata, melalui eskpo itu penilaian setiap projek pelajar diadakan di enam lokasi makmal berbeza menggunakan pembentangan secara dalam talian.

“Sebanyak 33 kumpulan projek pelajar Pembangunan Aplikasi dan Perisian (SAD) dan 20 kumpulan projek pelajar Rangkaian Sisten (NS) telah membentangkan projek masing-masing.

“Mereka akan berentap bagi merangkul Anugerah Projek Terbaik Trek SAD, Anugerah Projek Terbaik Trek NS dan Anugerah Projek Terbaik Keseluruhan bagi Sesi Jun 2020,” katanya kepada Suara Sarawak.

Jelasnya lagi, seramai enam panel juri industri menilai projek pelajar itu iaitu Pengarah Pengurusan Moredoor Interactive Sdn Bhd Dr Azfar Tomi; Juruteknik Komputer Pejabat Pendidikan Daerah Mukah Azizee Zawawi dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Sibu Josephine John Selain itu, Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Kampus Mukah Noor Emma Shamsuddin; Penolong Pegawai Teknologi Maklumat UiTM Kampus Mukah Shileyiusken Mijen (alumni PMU) dan Jurutera Perisian Sato Auto-ID Malaysia Sdn Bhd Selangor Mohd Adi Hazli Ab Aziz.

“Penilaian untuk setiap pelajar ini dilaksanakan secara dalam talian menggunakan aplikasi JITSI yang dibangunkan oleh politeknik,” katanya lagi.

Beliau berharap pelajar dapat menerima dengan sebaik-baiknya langkah berkenaan dan mempraktikkan inisiatif dalam talian secara berterusan pada masa akan datang.

KAEDAH TERKINI… Penilaian dalam talian
menjadi pilihan baharu Jabatan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi Politeknik Mukah
untuk menilai hasil akhir projek pelajar