KUCHING: Bank Pembangunan Sarawak (DBoS) merupakan sebuah institusi kewangan yang diberi mandat untuk membiayai projek infrastruktur strategik, negeri ini.

DBoS menerusi kenyataan berkata, mereka merupakan sebuah bank pembangunan yang mengikut garis panduan dan amalan terbaik Bank Negara Malaysia dalam operasinya.

Bank juga meminta deposit sama seperti institusi kewangan yang lain daripada Kerajaan Sarawak, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan dan syarikat yang dikendalikan oleh kerajaan negeri ini.

Selain itu, DBoS juga memberitahu bahawa mereka menjalankan aktiviti pinjaman termasuk menguruskan simpanan sama seperti bank yang lain.

Pengeluaran deposit dapat dilakukan pada bila-bila masa, sesuai dengan amalan perbankan yang biasa.

Sebagai rekod, DBoS mengeluarkan kenyataan tersebut hari ini untuk merespon kenyataan Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Datuk Seri Wong Soon Koh yang mempersoalkan jumlah dana daripada simpanan negeri yang telah dipindahkan ke bank berkenaan selepas penubuhannya.