KUCHING: Sejumlah RM215,100 geran kerajaan dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Puncak Borneo disampaikan kepada 19 persatuan termasuk seorang pesakit kronik pada Sabtu.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin hadir menyempurnakan penyampaian cek geran tersebut pada satu majlis ringkas di sini.

“Bantuan ini penting bagi menunaikan permohonan pertubuhan terbabit untuk melaksanakan pelbagai aktiviti dan kegunaan lain yang dirancang.

“Saya harap pertubuhan ini akan menggunakan peruntukan yang diberikan dengan sebaik mungkin bagi menjayakan aktiviti untuk manfaat bersama,” katanya.

Pesakit kronik yang menerima geran ialah Edward Kabah yang berjumlah RM500. Sementara itu, persatuan lain di Parlimen Puncak Borneo turut menerima geran ialah Gereja Seven Day Adventist Siburan dengan jumlah RM20,000, Persatuan Bisapug Sarawak (RM20,000) dan Gereja Seven Day Adventist Kampung Menjau (RM10,000) dan Gereja Seven Day Adventist Siburan (RM3,000).

Selain itu, Pertubuhan Penginjilan Pentekos Sarawak menerima RM45,000, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) RPR Batu18 Siburan Komuniti Bidayuh (RM10,000), Persatuan Bekas Pelajar SMK Dragon (RM10, 000), PIBG SRK Patung (RM5,000) dan Biro Wanita Kampung Tijirak (RM15,000). Turut menerima Tabika Kemas Kampung Baru Mawang (RM5,000), PIBG SMK Siburan (RM10,000), Tabika Kemas Kampung Krokong (RM10,000), Tabung Bantuan Pendidikan Anak Parlimen Puncak Borneo RM46,000, JKKK Kampung Batu Gong Baru (RM15,000), JKKK Kampung Batu Gong Lama (RM20,000), Ladies Guild of Grace Kampung Subang (RM5,000), Tetuan Kelab Sukan Kakitangan Penjara Puncak Borneo (RM2,000) dan Ladies Guild St.Thomas Aquinos, (RM5,000).