KUCHING: Pusat Tuisyen dan Tadika di zon Hijau dibenarkan untuk beroperasi semula pada 17 November ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Dougas Uggah Embas berkata, beliau difahamkan bahawa prosedur operasi standard (SOP) juga telah disediakan.

“Bagi pengusaha tadika mereka dikehendaki untuk mematuhi SOP yang telah dikeluarkan dengan baik,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak itu berkata demikian pada sidang media Covid-19 di Bangunan Lama Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Sebagai rekod, susulan daripada peningkatan kes positif Covid-19 di Kuching sebelum ini JPBN Sarawak telah memutuskan semua pusat tuisyen, tadika dan taska di daerah ini ditutup sehingga 13 November lalu.