Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa.

Seorang wanita mengalami kecederaan setelah kereta yang dipandunya terbabas melanggar penghadang jalan di Lorong 22, Taman Desa Ilmu pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba berkata, kereta jenis Perodua Axia yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas melanggar penghadang jalan di hadapan sebuah rumah.

“Laporan awal diterima pada jam 8.01 pagi menyatakan bahawa mangsa masih tersepit di dalam kereta.

“Mangsa kemudian berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, Nur’iylia Nazira Mohammad Jolhi, 21, diserahkan kepada ambulans hospital bagi tindakan seterusnya.

Seramai lapan anggota dari BBP Kota Samarahan yang diketuai oleh PBK II Ahmad Shah dikerahkan ke lokasi kejadian bersama sebuah Scania.