BINTULU: Presiden Persatuan Boules Bocce Sarawak(PBBS), Sophie Shariee mengetuai delegasi persatuan itu mengadakan kunjungan hormat terhadap Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip di Hotel Parkcity Everly, di sini, pagi tadi.

Kunjungan turut disertai Timbalan Presiden PBBS, Othman Mat serta sembilan ahli jawatankuasa persatuan.

Pertemuan kira-kira sejam itu antara lain
memperkenalkan Persatuan Boules Bocce Sarawak dan barisan ahli jawatankuasa yang baharu.

Pada pertemuan itu juga, pihak persatuan turut memohon dana untuk membina sebuah gelanggang sukan boules bocce.

Difahamkan, permainan bocce ini baru sahaja diperkenalkan di Malaysia bermula Jun 2019, manakala di Sarawak, ia mula diperkenalkan pada Disember 2019.

Talib meluangkan masa menerima kunjungan jawatankuasa Persatuan Boules Bocce Sarawak di Hotel Parkcity Everly Bintulu.