KUCHING: Drama The Negotiators akan mula ditayangkan di TV Sarawak (TVS) pada 24 November ini.

Menurut TVS, drama empat episod itu akan ditayangkan selama 60 minit setiap Selasa mulai jam 10 malam.

Drama ini berkisarkan mengenai kaedah rundingan yang menjadi sebahagian daripada kehidupan harian masyarakat termasuk unsur tawar menawar di pasar, minta dinaikkan gaji dan sebagainya.

Masyarakat juga sering melakukan perkara tersebut, bagaimanapun terdapat beberapa orang yang dilatih dalam seni perundingan – ketika taruhannya tinggi.

Rahsia apakah yang boleh lelaki dan wanita rundingkan dalam keadaan yang paling nyata?

Dalam empat episod drama ini, penonton akan dapat menyaksikan perunding yang berurusan mereka yang memiliki senjata letupan, rundingan berbahaya dengan lanun Somalia yang zalim, berurusan dengan pemberontak yang telah menyerang sebuah kedutaan.

Ia juga termasuk menghadapi penjenayah terkenal yang mengancam untuk membunuh lima orang dalam sebuah keluarga.

Penonton akan dibawa memasuki minda orang tengah yang dipanggil perantara – yang terlibat dalam situasi hidup dan mati – bagi memahami apa yang diperlukan bagi menangani krisis.

Silap langkah, boleh membawa kepada kematian. Setiap episod membina semula krisis tebusan, menelusuri semula proses pemikiran perunding ketika mereka membeli masa, membina hubungan dan mempertimbangkan keputusan.