ENGKILILI: Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis pada Jumaat, hadir menyampaikan sumbangan bantuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada mangsa kebakaran rumah panjang Rh Naga dan Rh Jackson Atit, Kpg Rasau, Engkilili yang berlaku pada 16 September 2020 yang lepas.
Datuk Francis yang mewakili Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah berkata, kesemua bantuan yang diserahkan adalah dari kerajaan negeri Sarawak yang diluluskan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang disalurkan melalui Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK).
Sumbangan adalah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan, termasuk kos bantuan yang dibayar kepada Ketua Isi Rumah (KIR), kos bantuan awal makanan ketika berlaku kebakaran dan kos bantuan catuan makanan ketika mangsa berada di pusat pemindahan sementara selama dua minggu.
Hadir sama, Setiausaha Politik Ketua Menteri,Daniel Bujal, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Engkilili,Brin Munsang, Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman,Vivian Engkiong serta Penghulu Bong Nyuk Fah.