KUCHING: Institut Pembangunan Sarawak (SDI) akan menganjurkan ceramah awam percuma mengenai Kesihatan Mental semasa pandemik Covid-19 pada Jumaat, 27 November 2020 ini.

SDI dalam kenyataan hari ini berkata, ceramah tersebut diadakan secara maya melalui aplikasi Zoom bermula jam 9.30 hingga 11 pagi.

Ia akan disampaikan oleh pensyarah perubatan di Jabatan Perubatan Psikologi Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr. Bernard Ting.

Menurut SDI, pandemik ini telah membawa banyak implikasi dan mengganggu kehidupan seharian dan norma sosial yang biasa masyarakat lakukan sekali gus memberi kesan psikologi, mental dan ekonomi kepada individu.

Bernard yang juga setiausaha Befrienders Kuching akan berkongsi bagaimana menangani beberapa masalah yang dihadapi seperti masalah mental, tekanan, kemurungan, kegelisahan, kesunyian dan lain-lain selama tempoh pandemik ini.

Ceramah ini terbuka kepada orang ramai, untuk maklumat lanjut hubungi wakil SDI Evelette Robin di talian 082-415484 atau 082-416484 atau e-mel di eveletterobin@sdi.com.my.