SERIAN: Cubaan empat pendatang asing tanpa izin (Pati) menggunakan jalan tikus di Tebedu untuk memasuki negeri ini gagal apabila mereka ditahan oleh pasukan rondaan Tentera Darat Malaysia (TDM) sekitar jam 9.35 malam Isnin lalu.

Markas Divisyen Pertama Infantri berkata semasa disoal siasat, kesemua lelaki yang berasal daripada Entikong, Indonesia itu memberikan alasan ingin ke Kuching untuk bekerja.

“Kesemua mereka telah diusir balik ke tempat sendiri,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Justeru dalam tempoh dua minggu ini, TDM telah membuat dua pengusiran melibatkan lapan Pati yang memasuki negeri ini secara haram melalui jalan tikus di sempadan Tebedu-Kalimantan Barat.

Modus operandi yang digunakan adalah dengan memasuki kawasan sempadan pada waktu lewat malam atau awal pagi.