MUKAH: Ketua projek Benedict Peter turut menzahirkan penghargaan kepada semua pelukis dan agensi kerajaan yang terlibat kerana sudi berpanas dan berhujan sepanjang tiga minggu tersebut.

“Semoga karya-karya kita ini dapat menarik perhatian semua dan kita akan dapat terus menyumbang sesuatu kepada masyarakat melalui lukisan kita,” jelasnya.

Pelukis yang terlibat ialah Mohd Amit Lutfi Mohd Fitri, Hamdani Sahali, Leonard Darimi, Aliza Anthony Abet, Muhd Ruhaizat Rusli, Nur Hasyima Ramli, Bryne Rush Adeli, Mikerona Isu, Geraldine Rossellini Geruna, Andreas William Jee, Macarthur Christoper Ligi, Lia Avia Egi, Syamri Junaidi, Mohd Faisal Nik Matzain, Siti Haizum Yusup, Khairul Rezza Razli dan Ariq Ali. Antara sukarelawan terlibat ialah Gracey Craceyla John, Andrea Joseph, Hasiah Hanisah Hasmi, Nur Affrina Batrisyia, Khurnia Hadiani, Rajinet Peter, Raimie Murad, Alexander Morshidi, Kalthum Julaihi, Yusni Peter, Maclester Sidu, Siti Nur Amalina Mohd Khalid, Alexsius Bujang, Adli Ali, Olivia Egi, Manjeni Sahali, Diana Tan dan Muhammad Salehuddin Anthony.

Dalam pada itu, semua pelukis turut berharap warga Mukah dan luar bandar ini agar bersama-sama menjaga lukisan tersebut agar tidak diconteng atau kerana ia boleh menjejaskan nilai lukisan dan produk perlancongan Mukah.

“Pastinya semua pelukis turut yang lebih tiga minggu berpanas dan berhujan untuk menyiapkan semua lukisan bermakna di mural di tapak Kala Dana tersebut, berharap lukisan mereka dihargai dan setiap mesej yang disampaikan dapat dikongsikan kepada semua masyarakat dunia,” katanya.

Selain itu, semua pelukis di Mukah jelasnya turut mahu agar lebih ramai masyarakat tempatan menyokong setiap usaha pengkarya dan pelukis tempatan.

“Dorongan dan sokongan berterusan penting untuk mereka terus bergerak aktif di Mukah agar sebuah persatuan pelukis dapat dijayakan satu hari nanti di sini,’ tambahnya lagi.