AS dakwa Korea Utara miliki 60 pelancar nuklear

WASHINGTON: Lembaga kajian bekerjasama dengan Institut Kajian Strategi Nasional AS melalui laporan Kajian Strategis 2020, mendakwa Korea Utara memiliki 15 hingga 60 pelancar nuklear dan sekitar 650 peluru berpandu balistik yang mampu mengancam kota di Korea Selatan, Jepun dan China timur.

Agensi berita Yonhap pada Rabu melaporkan Korea Utara menguji peluru berpandu balistik antara benua yang mampu menyerang AS.

Laporan tersebut turut mendakwa dianggarkan sejumlah 1.2 juta tentera Korea Utara dikerah menuju Zon Demiliterisasi dalam “posisi ofensif” yang didakwa menimbulkan ancaman konvensional ke atas Korea Selatan dan Jepun.

Pyongyang juga dituduh terlibat menjual dan memindahkan teknologi tentera kepada Iran selain memajukan program peluru berpandu balistik Teheran.

Memetik CNN, laporan itu turut menuduh Pyongyang mengedar AS$1.25 juta hingga AS$250 juta mata wang palsu.

Bahkan lembaga itu menyebut, pemalsuan mata wang dan perdagangan narkotik membantu rejim menghasilkan wang bagi mengurangkan kesan sekatan yang dikenakan oleh AS selama ini.

Suara Sarawak