Bajet Sarawak 2021 berkurangan sedikit

KUCHING: Bajet Sarawak 2021 berkurangan sedikit berbanding sebelum ini disebabkan oleh Covid-19, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Bagaimanapun, katanya keutamaan masih diletakkan untuk pembangunan infrastruktur dan luar bandar.

“Tidaklah terlalu banyak berkurangan, 68 peratus untuk pembangunan dan 32 peratus bagi perbelanjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di ibu pejabat PBB di sini, hari ini.

Abang Johari akan membentangkan Bajet Sarawak 2021 pada hari pertama persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) esok.

Suara Sarawak