Bajet Sarawak 2021 memantapkan sektor pelancongan

KUCHING: Peruntukkan dalam Bajet Sarawak 2021 yang dibentangkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini akan merancakkan pembangunan semula sektor pelancongan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) N15 Asajaya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata
peruntukkan sejumlah RM252 juta dalam Bajet 2021 dibawah Inisiatif Strategik Nombor 5 ialah bertujuan untuk memantapkan sektor pelancongan.

Di mana sebelum ini kata Abdul Karim menyumbang sumber pendapatan lumayan bagi negeri Sarawak namun keadaan ini terbantut akibat wabak COVID-19.

“Peruntukkan yang telah dicadangkan oleh YAB Ketua Menteri sememangnya penting demi membangunkan lagi tempat tempat menarik yang bakal menarik perhatian para pelancongan dari dalam dan luar negeri.

“Ianya (peruntukkan) juga penting untuk menambah baik tempat tempat tarikan pelancongan sedia ada supaya kemudahan untuk pelawat berada ditahap sempurna,” kata beliau dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini.

Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak dibawah kepimpinan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg yang telah membentangkan Bajet Negeri 2021 dengan tema pemulihan ekonomi yang menuju kepada masyarakat yang berdaya tahan, prihatin dan inklusif.

Suara Sarawak