Bukan penerima BPN yang layak boleh mohon sebelum 15 Nov 2020

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang bukan penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2020 sebelum ini, tetapi memenuhi syarat kelayakan ditetapkan diingatkan agar membuat permohonan BPN 2.0 selewat-lewatnya pada 15 Nov ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan permohonan boleh dibuat secara dalam talian di https://bpn.hasil.gov.my/ untuk memuat turun syarat permohonan dan soalan lazim (FAQ) berkaitan bantuan itu.

“Seperti telah diumumkan oleh kerajaan, BPN 2.0 merupakan inisiatif kerajaan di bawah Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, Kita Prihatin, bagi membantu rakyat yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19.

“Bagi permohonan baharu yang diluluskan, pembayaran akan dilakukan pada Januari 2021,” menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan atau maklum balas, orang ramai boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-89111000 atau 603-89111100 (Luar Negara); HASiL Live Chat; dan mengisi borang maklum balas di portal rasmi LHDN melalui pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.– BERNAMA

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak