GPS inklusif dalam pindaan RUU Perlembagaan Sarawak

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak memilih untuk bertindak sepihak dalam meluluskan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Sarawak 2020, walaupun boleh meluluskan pindaan berkenaan dengan mudah kerana menguasai 2/3 kerusi di Dewan Undangan Negeri.

Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semop Abdullah Saidol berkata menempelak DAP apabila peluang yang diberikan untuk mendebatkan cadangan pindaan berkenaan digunakan untuk memburukkan kerajaan GPS demi meraih populariti politik.

“Perlu diingatkan bahawa sebelum usul pindaan ini diluluskan sesi perdebatan akan berlangsung dalam kalangan Adun di DUN termasuk pihak pembangkang.

“Secara asasnya, tujuan perdebatan ini adalah untuk mendapatkan maklum balas atau pandangan semua Adun kerana pindaan ini akan menjadi satu undang-undang yang akan dikuat kuasa dan melibatkan kepentingan serta hak rakyat Sarawak apabila ia diluluskan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media ketika mengulas mengenai pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Sarawak, hari ini.

Suara Sarawak