Meriahkan Sia Sitok Sarawak

KUCHING: Kempen Sia Sitok Sarawak merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak untuk menghidupkan semula sektor pelancongan di negeri yang terjejas pandemik Covid-19 dan akan dilanjutkan hingga 31 Mac 2021.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kempen tersebut sepatutnya berakhir 31 Disember ini, namun diteruskan berikutan menerima sambutan yang amat menggalakkan.

“Ini merupakan peluang yang bagus untuk rakyat Sarawak melancong di dalam negeri terutamanya pada Januari, Februari dan Mac yang jatuh pada musim pandemik Covid-19 dan akan dilanjutkan hingga 31 Mac 2021.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kempen tersebut sepatutnya berakhir 31 Disember ini, namun diteruskan berikutan menerima sambutan yang amat menggalakkan.

“Ini merupakan peluang yang bagus untuk rakyat Sarawak melancong di dalam negeri terutamanya pada Januari, Februari dan Mac yang jatuh pada musim cuti sekolah dan Tahun Baharu Cina.

“Kempen yang dilancarkan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) ini mengandungi 30 pakej pelancongan yang menawarkan potongan harga sehingga 50 peratus,” katanya.

Abdul Karim yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Kursus PANDei E-Pelancongan di sini baru-baru ini.

Tambahnya, kempen berkenaan bertujuan mendorong lebih ramai penduduk tempatan menerokai negeri sebagai destinasi percutian pilihan.

“Selain untuk merangsang pelancongan domestik negeri dan mengekalkan ekosistem pelancongan serta menjana pendapatan untuk pemain industri seperti pemandu pelancong dan taman negara, pengendali restoran dan yang berkaitan dan terjejas.

“Sehingga kini, kempen tersebut menghasilkan penjualan sekitar RM700,000 dan masih meningkat, Kerajaan Sarawak sangat gembira dengan program ini kerana ia inisiatif yang tepat untuk membantu pemain industri,” jelasnya. Jelasnya, kempen yang bermula 15 Julai lalu itu menerima 569 tempahan melancong dan 3,167 penyertaan setakat ini.

Suara Sarawak