PGA Sarawak rampas rokok, minuman keras seludup bernilai lebih RM2.2 juta

KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas sebanyak 10,070 karton rokok putih, 4,104 karton rokok kretek, 302 kotak bir serta 422 kotak arak pelbagai jenama menerusi tiga siri serbuan yang dijalankan di sekitar bandar raya Miri, semalam.

Komander PGA Briged Sarawak SAC Mancha Ata berkata serbuan “Operasi Libas” itu dijalankan oleh pasukan dari Cawangan Risik Batalion 12 PGA, Miri antara jam 9 pagi sehingga 1 petang.

“Kesemua barang rampasan yang dipercayai diseludup itu dijumpai disimpan di dalam dua buah rumah yang dijadikan stor dan sebuah stor rumah kedai.

“Anggaran nilai keseluruhan rampasan berjumlah lebih RM2.2 juta termasuk cukai merangkumi nilai rampasan rokok sebanyak lebih RM 2.1 juta dan nilai rampasan bir serta minuman keras sebanyak RM69,000,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Mancha berkata seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun, yang merupakan penjaga stor di salah sebuah rumah yang diserbu.

Pelbagai jenis rokok dan minuman keras yang dirampas menerusi tiga siri serbuah yang dijalankan di sekitar bandar raya Miri, semalam.

 

Mancha (kanan) bersama pegawai PGA Briged Sarawak menunjukkan hasil rampasan rokok.

 

Mancha (kanan) bersama pegawai PGA Briged Sarawak melihat hasil rampasan rokok.

 

Komander PGA Briged Sarawak SAC Mancha Ata

 

Suara Sarawak