Shell pindah pejabat operasi di Miri

KOTA SAMARAHAN: Syarikat minyak Shell akan memindahkan pejabat operasi wilayahnya di Miri, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Syarikat Shell memberitahu kami bahawa mereka akan menjadikan Miri sebagai pejabat utamanya.

“Dalam erti kata lain, kakitangannya dari Kuala Lumpur termasuk Kota Kinabalu, Sabah akan bekerja di Miri dan kita menjadi operasi wilayah mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Bahagian Samarahan di Dewan Suarah Kota Samarahan di sini, hari ini.

Suara Sarawak