KUCHING: Saksikan tayangan perdana telefilem Mereka Yang Terbuang pada Sabtu, 5 Disember ini jam 8.30 malam di TVS saluran 122 Astro.

Filem untuk siaran televisyen selama 90 minit ini mengisahkan tiga pelajar iaitu Dani, Suria dan Tisha yang perlu menyiapkan tugasan kuliah mereka bertajuk “Gelandangan: Terdesak atau Jalan Mudah?”.

Tugasan ini memerlukan mereka mendekati kumpulan gelandangan yang sering dianggap sebagai sampah masyarakat di Kuala Lumpur untuk ditemu bual.

Akhirnya mereka bertemu dengan Mak Cik Nora yang bekerja sebagai tukang cuci tandas di sebuah bangunan di sekitar bandar raya metropolitan, yang memilih untuk hidup berdekatan tempat kerjanya iaitu di jalanan.

Bagaimanapun sebuah kebenaran terungkai mengenai kisah disebalik kehidupan Mak Cik Nora dan telah mengubah persepsi mereka selama ini.

Bagaimanapun, perbezaan pendapat Tisha dan Dani membuatkan mereka gagal melaksanakan tugasan.

Adakah mereka bertiga dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan?

Apakah sebenar kisah di sebalik kehidupan Nora?

Apakah kesudahannya?

Jangan lupa janji temu pada hujung minggu ini dan saksikan lakonan hebat Sheila Mambo sebagai Mak Cik Nora, Hafreez Adam, Aishah Azman dan Silfeny Osman.