BINTULU: Bersempena Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2020 pada 9 Disember ini, Yayasan Antirasuah Malaysia (YARM) Sarawak menganjurkan peraduan Snap, Submit and Win.

Pengerusi Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) Sarawak Awang Mohammad Putra Awang Sopeian berkata, peraduan bermula 1 hingga 10 Disember dan pemenang akan diumumkan pada 12 Disember ini.

Untuk menyertai katanya, peserta dikehendaki mendapatkan logo rasmi YARM Sarawak dan mengisi borang penyertaan melalui aaplikasi Whatsapp www.wasap.my/601110105747.

Langkah kedua, peserta perlu mengambil gambar logo YARM Sarawak dengan berlatarbelakangkan tempat-tempat menarik di Sarawak mengikut kreativiti sendiri.

Hantar semula gambar melalui whatsapp.

Menurutnya lagi, gambar penyertaan akan dimuat naik di akaun facebook dan instagram YARM Sarawak dan penyertaan yang mendapat jumlah “LIKE” paling banyak akan diumumkan sebagai pemenang.

Peserta hendaklah “LIKE” & “FOLLOW” Facebook Page dan atau Instagram : @yarmsarawak atau https://www.facebook.com/ yarmsarawak/ atau https://instagram.com/yarmsarawak?igshid= 1q5teqiwrc9h3

Peserta hanya perlu “LIKE” pada gambar penyertaan di laman sosial facebook dan instagram rasmi YARM Sarawak.

Borang penyertaan hendaklah diisi dengan lengkap.

Penyertaan adalah percuma. Hubungi Awang Mohammad Putra Awang Sopeian menerusi aplikasi whatsApp +6011 1010 5747 untuk maklumat lanjut.

Antara objektif peraduan ini adalah untuk memperkenalkan YARM Sarawak kepada orang ramai sebagai NGO yang membantu usaha pencegahan rasuah melalui kempen antirasuah kepada setiap lapisan masyarakat khasnya di negeri ini.

Ia juga untuk meningkatkan kesedaran mengenai antirasuah dengan menggunakan #kameksikmokrasuah selain mempromosikan tempat-tempat menarik di negeri ini.