KUCHING: Cubaan tiga pendatang asing tanpa izin (Pati) masuk ke negeri ini menerusi Lundu untuk bekerja gagal apabila ditahan pasukan tentera.

Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia menerusi satu kenyataan hari ini, menyatakan mereka yang berasal dari Semunying, Indonesia ditahan ketika melalui jalan tikus di sempadan Lundu-Kalimantan sekitar jam 10.20 malam semalam.

“Ketiga-tiga Pati itu ditahan oleh pasukan tentera yang menjalankan rondaan di sekitar Sektor Kendaie.

“Setelah ditahan dan diperiksa, mereka mengakui ingin ke Lundu untuk bekerja,” katanya.

Kesemua Pati terbabit telah diusir keluar setelah laporan olis dibuat di Balai Polis Lundu.