APABILA disebut muflis, semua individu mahu mengelak. Namun, ketika penularan Covid-19 ia sudah menjadi trend.

Malah yang tidak lagi asing bagi masyarakat kini, terutama sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Muflis akibat Covid-19 dikaitkan dengan perkembangan ekonomi Malaysia yang terencat sekali gus banyak perniagaan terpaksa ditutup dan ramai kehilangan pekerjaan.

Apakah Itu Muflis?

Ramai yang masih belum tahu secara lebih mendalam.

Muflis merupakan proses penghutang (individu yang berhutang wang kepada pemiutang) diisytiharkan mufl is berikutan arahan mahkamah yang dikenali sebagai Perintah Penghukuman dari Mahkamah Tinggi terhadap individu tersebut.

Hakikat mereka muflis tidak berupaya melangsaikan hutang berjumlah tidak kurang daripada RM50,000.

Tempoh masa lebih daripada enam bulan hutang tidak dibayar dan individu tersebut bermastautin di Malaysia sekurang-kurangnya selama setahun.

Tahukah anda dapat diisytiharkan muflis tanpa pengetahuan anda?

Individu dapat diisyitharkan muflis tanpa pengetahuan melalui cara berikut seperti dokumen undang-undang dihantar ke alamat lama.

Pengisytiharan muflis diserahkan melalui prosedur penyampaian ganti.

Individu tidak hadir ke mahkamah tidak menerima atau tidak membuka dokumen undang-undang yang dihantar kepadanya juga terjebak.

Mengikut laporan kajian Pantauan Ekonomi Malaysia Disember 2019 diterbit Bank Dunia, 60 peratus individu di negara ini yang menghadapi masalah muflis dianggarkan ialah generasi muda.

Generasi Muda Kurang Peka

Keadaan ini berlaku disebabkan rata-rata generasi muda kurang peka perancangan dalam menabung, berbelanja dan meminjam sehingga perbelanjaan melebihi pendapatan.

Seharusnya daripada muda kita harus mahir Teknologi Maklumat.

Ironi celik kewangan bantu miliki masa depan cerah kerana kesedaran menabung pendidikan mesti ditingkatkan.

Mengikut laporan media massa, kadar muflis generasi muda semakin meningkat disebabkan kebanyakan pinjaman dibuat bagi memenuhi kehendak peribadi, bukan pelaburan dan pengumpulan aset.

Menurut laporan Program Pengurusan Kredit (PPK), kekurangan pengetahuan dan perancangan kewangan lemah dalam masyarakat, terutama generasi muda menjadi faktor utama berlaku muflis.

Laporan kajian Pantauan Ekonomi Malaysia Disember 2019 yang diterbitkan Bank Dunia, menganggarkan sejumlah 60 peratus daripada keseluruhan individu muflis di Malaysia adalah daripada golongan berkenaan, ekoran daripada tabiat berbelanja melebihi pendapatan.

Tabiat berkenaan disifatkan berbahaya kepada golongan milenial jika dibiarkan berterusan tanpa pengetahuan dan kemahiran pengurusan kewangan.

Laporan kajian Bank Dunia,golongan milenial yang merujuk kepada golongan muda berumur 25 hingga 44 tahun, di negara ini mencatat peningkatan membimbangkan dalam jumlah individu yang diisytihar muflis.

Kadar muflis yang tinggi disebabkan membuat pinjaman bagi untuk penggunaan peribadi bukannya untuk pelaburan dan pengumpulan kekayaan.

Kegagalan membayar balik pinjaman peribadi dan kenderaan menyumbang hampir separuh daripada jumlah kes muflis dengan terbaharu, 49 peratus pada 2018.

Jumlah peminjam muflis disebabkan pinjaman peribadi dan kredit kad juga meningkat sebanyak 104 peratus dan 43 peratus, masing-masing pada 2018 berbanding 2012 Justeru, pengetahuan kewangan bukan ilmu yang boleh disampaikan menerusi suatu kursus atau ceramah, sebaliknya mesti diterapkan dalam diri seseorang sejak kecil.

Literasi Kewangan

Selain itu, sekolah memainkan peranan penting dalam menyampaikan ilmu kewangan kepada generasi muda.

Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) semakan 2017, topik literasi kewangan diterapkan dalam kurikulum sekolah rendah, terutama Matematik juga perlu. Sebagai contoh, ilmu tentang perancangan wang, tukaran wang asing, instrumen pembayaran seperti e-dompet dan perbankan Internet serta pelaburan dan pengurusan hutang diselitkan dalam topik wang.

Yang penting sekarang masyarakat harus menghindarkan pinjaman peribadi sering dipilih untuk mengekalkan gaya hidup yang disifatkan sebagai kehendak dan bukan keperluan.

Sesungguhnya masyarakat harus memupuk kesedaran dalam mengurus kewangan dengan bijak serta mengelak diri daripada menyimpan tanpa matlamat jelas iaitu hidup untuk hari ini.

Hakikatnya kita harus bersedia berhadapan dengan cabaran untuk mengawal perbelanjaan dan pengurusan hutang, bukan mengikut selera hati.