SONG: Mayat seorang lelaki berusia 25 tahun ditemui selepas lemas dalam satu insiden perahu karam di Sungai Nanga Tengadak di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa dijumpai pasukan SAR sekitar 500 meter dari lokasi penemuan perahu mangsa pada jam 12.15 tengah hari tadi.

“Wilson Rimba dipercayai terjatuh ke dalam sungai sekitar jam 10.40 malam pada Rabu lalu.

“Perahu mangsa juga ditemui penduduk kampung dalam keadaan terbalik dan pecah di bahagian kemudi,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, pihaknya telah menerima laporan kejadian pada jam 10.25 malam, Khamis lalu dan mengarahkan BBP Song ke lokasi kejadian hari ini.

Mayat mangsa dibawa masuk ke dalam pacuan empat roda untuk diserahkan kepada pihak polis.

Setiba di Jeti Song, operasi pencarian dimulakan dengan menggunakan sebuah bot penyelamat dan dibantu tiga orang anggota polis.

“Penduduk kampung seramai 19 orang dan enam buah perahu panjang turut serta dalam operasi terbabit.

“Kaedah pencarian digunakan adalah pencarian atas permukaan air sejauh dua kilometer dari lokasi kawasan penemuan perahu mangsa,” jelasnya.

Tambah beliau, mayat mangsa yang ditemui telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Seramai lapan anggota dari BBP Song yang diketuai PPgB Rashid Songli beserta sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux dan sebuah bot digunakan untuk operasi tersebut.

Agensi lain yang turut terlibat adalah sepuluh orang anggota polis beserta sebuah bot, tiga orang dari Pejabat Kesihatan, dan 19 orang penduduk kampung.

Mayat mangsa dibawa masuk ke dalam perahu oleh anggota bomba untuk di bawa ke jeti.

 

enduduk kampung yang menyertai operasi SAR.