SONG: Seorang lelaki berusia 25 tahun masih belum ditemui setelah terjatuh ke dalam sungai di Nanga Tengadak pada Rabu lalu.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, bot mangsa telah dijumpai terbalik dan pecah dibahagian kemudi ketika dijumpai oleh penduduk kampung.

“Bot mangsa ditemui sekitar jam 10.40 malam pada Rabu lalu selepas terbalik dan pecah di bahagian kemudi.

“Mangsa yang bernama Wilson Rimba masih belum ditemui hingga sekarang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jelasnya, pihaknya menerima laporan semalam lalu sekitar jam 10.25 malam.

“Operasi dari BBP Song akan dilakukan pada pagi ini bersama-sama pihak polis dengan menggunakan bot panjang.

“Untuk melalui sungai berkenaan perlu mengambil masa lebih kurang dua jam dari jeti Song ke lokasi kejadian,” katanya lagi.