MIRI: Satu mesyuarat teknikal pendaftaran Taman Asuhan KanakKanak (Taska) Orang Kelainan Upaya (OKU) diadakan semalam sebagai persiapan menubuhkan 30 taska di Miri.

Mesyuarat dihadiri Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Zon 6 Miri, Jabatan Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Bandaraya Miri (MBM), Jabatan Tanah dan Survei Miri serta pengusaha-pengusaha taska.

JBPM Miri memberi penerangan berkenaan Garis Panduan Pendaftaran Penguatkuasaan Taska, menerangkan prosedur yang perlu dipatuhi semua pengusaha taska dan perkara yang selalu menjadi kesalahan yang boleh menyebabkan permohonan tidak disokong JBPM.

Ia juga memberi penerangan menghapuskan bahaya kebakaran berdasar tafsiran Seksyen 2, dan pengeluaran notis MBK Seksyen 8, dan boleh didakwa kesalahan Seksyen 10.

Selain itu, pendaftaran Kelab Keselamatan Kebakaran kanak kanak (Kelab 3K). MBM pula menjelaskan kepada pengusaha baharu mengenai prosedur perlu dibuat dalam permohonan menyediakan pelan kepada pihak terlibat jika berlaku perubahan kepada struktur bangunan yang dipohon.

Sementara Jabatan Kesihatan Bahagian Miri menjelaskan berkenaan prosedur yang perlu dipatuhi di peringkat Jabatan Kesihatan kepada pihak pengusaha taska.

Jabatan Kesihatan memaklumkan setiap pengusaha serta pekerja perlu mendapatkan suntikan dan menjalani kursus pengendali makanan. Jabatan Tanah dan Survei Miri pula menerangkan kepada pengusaha taska berkaitan premis yang dibenarkan dan premis yang tidak dibenarkan bagi sesebuah taska.

Di samping itu, lokasi premis juga diterangkan yang merujuk kepada keselamatan kanakkanak. JKM Miri pula menerangkan prosedur penubuhan Taska OKU jika ada komuniti yang berminat untuk membuka taska OKU di tempat mereka.