KUCHING: Jawatankuasa Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) hari ini mengistiharkan kulster Jalan Abell di Kuching tamat setelah tiada kes baharu dilaporkan dalam tempoh 28 hari dari tarikh kes terakhir dikesan.

Pemangku Pengerusi JPBN Tan Sri James Masing berkata, jumlah kes positif melibatkan kluster ini adalah seramai 15 orang termasuk kes indeks.

“Justeru, terdapat tiga kluster masih aktif di Sarawak iaitu Kluster Besi, Kluster Greenhill dan Kluster Wisma Saberkas yang semuanya di Kuching.

“Tiada kes baharu yang pulih dan dibenarkan discaj dari hospital pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujarnya, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 yang pulih dan dibenarkan discaj kekal seramai 1,043 orang atau 97.02 peratus.

Sementara itu, James Masing memberitahu, Daerah Serian dan Kuching kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan tigakes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lalu dengan Serian (2) dan Kuching (1).
Katanya, 38 buah daerah lain kekal berstatus Hijau.