KUCHING: Kluster Wisma Saberkas di Daerah Kuching ditamatkan hari ini setelah tiada kes baharu dilaporkan dalam tempoh 28 hari dari tarikh kes terakhir dikesan.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan hari ini berkata ia menjadikan hanya dua kluster Covid-19 yang masih aktif di negeri ini iaitu Kluster Besi dan Kluster Greenhill yang masing-masing di Kuching.

Sementara, kenyataan itu menyatakan tiada kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kekal 1,075 kes.

Daerah Serian dan Kuching juga kekal berstatus kuning manakala 38 buah daerah lain kekal berstatus hijau.