MUKAH: Persatuan Melanau Kuching akan membina sebuah belanga berharga RM200,000 di Wisma Persatuan Melanau Kuching dalam masa terdekat.

Presidennya Yussibnosh Balo berkata, pembinaan belanga untuk membuat sagu akan dilaksanakan secara gotong-royong oleh Persatuan Melanau Kuching, Lembaga Amanah Kebajikan Kaum Melanau Sarawak dan Persekutuan Persatuan Melanau Sarawak.

Menurutnya, tanah tawei dari Mukah akan digunakan untuk membuat belanga tersebut dengan ukuran 5 kali lebar dan 7 kaki panjang.

“Pembinaan teparan (serambi) sepanjang 15 kaki lebar dan 20 kaki panjang akan ditender setelah ilustrasi pelan siap disediakan oleh Persatuan Melanau Kuching sendiri.

“Teparan dengan saiz 15 kaki lebar dan 20 kaki panjang turut dibina.

Teparan boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti termasuk dijadikan tempat latihan tarian.

Konsep atap (sapau) di tempat teparan akan dibina dalam bentuk terendak,” katanya.

Aduan Balingian itu berkata, siapnya belanga dan teparan itu kelak, masyarakat Melanau atau pun ahli jawatankuasa serta ahli keluarga mereka boleh membuat sagu di bandar Kuching dan mengadakan pelbagai aktiviti luar di teparan.

Sementara itu, Naib Presiden 1 Persatuan Melanau Kuching Robin Junang memberitahu, rumah belanga itu akan dilengkapi dengan ruang legar, ruang mengayak ataupun kerja mengulut, manakala teparan akan dijadikan Kafe PMK serta kebudayaan lain.

“Rumah ini nanti dibina menggunakan konkrit dengan mengekalkan bentuk tradisi kaum Melanau, ”jelasnya lagi.