KUCHING: Daerah Kuching bertukar status daripada kuning kepada hijau hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata ia setelah tiada kes tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari lepas.

“Manakala Daerah Serian kekal berstatus kuning dan 38 daerah yang lain berstatus hijau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara, tiada kes positif Covid-19 dilaporkan di Sarawak hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kekal sebanyak 1,075 kes.