KUCHING: Kerajaan Sarawak akan membayar Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) B40 kepada pemohon yang berjaya dalam rayuan selepas tarikh tutup 31 Mei lalu iaitu RM1,500, kepada Ketua Isi Rumah (KIR) dan RM500 secara sekali kepada individu bujang.

Unit Perancang Ekonomi Jabatan Ketua Menteri dalam satu kenyataan berkata, KIR akan menerima bantuan berjumlah RM1,500 dalam dua Fasa.

“Fasa pertama yang merupakan bantuan berjumlah RM750 akan disalurkan ke akaun masing-masing mulai 15 Disember lalu manakala

“Penerima yang tidak mempunyai akaun bank, bantuan BKSS ini boleh dituntut daripada mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia dengan hadir sendiri dan mengemukakan kad pengenalan masing-masing di kaunter BSN mulai 21 Disember 2020 sehingga 31 Mac tahun depan,” katanya.

Tambahnya, fasa kedua dengan baki RM750 akan dibayar secara bulanan iaitu RM250 sebulan pada setiap 15 haribulan mulai Januari 2021 sehingga Mac 2021 bagi yang mempunyai akaun bank.

“Bagi yang tidak mempunyai akaun, bantuan secara tunai RM750 boleh dituntut di kaunter mana-mana cawangan BSN seluruh Malaysia mulai 21 Januari 2021 sehingga 31 Mac 2021.

“Bagi kategori individu bujang B40 rayuan pula, bantuan secara one-off berjumlah RM500 kepada akan disalurkan ke akaun bank masing-masing mulai 15 Disember 2020.

“Penerima yang tidak mempunyai akaun bank, bantuan BKSS ini boleh dituntut daripada mana-mana cawangan BSN seluruh Malaysia dengan hanya mengemukakan kad pengenalan masing-masing di kaunter BSN mulai 21 Disember 2020 sehingga 31 Mac 2022,” ujarnya.

Kata kenyataan itu lagi, status permohonan rayuan BKSS B40 boleh disemak di laman sesawang berikut www.sarawak.gov.my/bkssrayuan bermula 8 Disember 2020 atau menghubungi Talikhidmat di talian 082-555999 untuk pertanyaan lanjut mengenai rayuan masing-masing.

Turut diberitahu ialah bantuan tunai BKSS B40 yang belum dituntut agar penerimanya hadir dan mengemukakan kad pengenalan ke kaunter mana-mana cawangan BSN seluruh Malaysia untuk mendapatkan bantuan tunai BKSS B40.

Tarikh akhir untuk menuntut bantuan ini adalah pada 31 Mac 2021. Sila hubungi Talikhidmat di talian 082-555999 untuk pertanyaan lanjut mengenai status BKSS B40 masing-masing.