KUCHING: Beberapa ekor udang galah dengan berat keseluruhan 930 gram, membolehkan Nazeri Edi dinobatkan sebagai juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM600 dalam Pertandingan Memancing Udang Galah anjuran Persatuan Pemancing Lintangjong, hari ini.

Manakala tempat kedua dengan hadiah wang tunai RM400 dimenangi oleh Shahbran Jeraie, yang memperolehi udang galah dengan berat keseluruhan 880 gram.

Kho Chun Huay pula mendapat tempat ketiga, dengan berat keseluruhan udang galah yang perolehinya adalah 840 gram dan membawa pulang wang tunai RM200.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman semasa merasmikan pertandingan di Pangkalan Pak Ali Kampung Tanjong, Petra Jaya.

Fazzrudin menyampaikan hadiah kepada Nazeri.