SARIKEI: Seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun dilaporkan hilang ketika mandi bersama rakan di sungai di Nanga Ribong di sini.

Mangsa dikenalpasti Santa Ngali, 12, dari Rumah Panjang Andrew Jalan Bayong.

Jurucakap Gerakan Operasi Bomba Sarawak memberitahu, Bomba bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 5.16 petang tadi.

“Mangsa dipercayai hilang ketika mandi dan berenang bersama rakannya.

“Sehubungan itu, tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei yang diketuai Pegawai Bomba Kanan I, Salim Hussain telah bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.