KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menambah jumlah pinjaman buku untuk menggalakan minat membaca di kalangan warga Kuching.

Pengarah DBKU, Dr Morshidi Ahmad berkata, mulai 1 Januari 2021, ahli perpustakaan DBKU boleh meminjam lapan naskah buku untuk tempoh 14 hari.

Katanya, ahli perpustakaan komuniti DBKU pula boleh meminjam lima naskah buku dalam tempoh 14 hari.

Ahli perpustakaan DBKU sebelum ini dibenarkan untuk meminjam lima naskah buku manakala dua naskah buku bagi perpustakaan komuniti DBKU.

Jelas Morshidi, penambahan pinjaman buku merupakan inisiatif DBKU untuk mengalakkan minat membaca di kalangan warga Kuching.

“Diharap dengan penambahan jumlah pinjaman buku ini, perpustakaan DBKU dapat menarik lebih ramai pengunjung datang ke perpustakaan,” ujarnya.

Tambahnya, ia sekali gus menjadikan warga Kuching sebagai masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan.