BINTULU: Lima lelaki tempatan berumur antara 29 hingga 38 tahun ditahan dalam operasi bersepadu sempena Ambang Tahun Baharu 2021 disyaki terbabit dalam pelbagai kesalahan berkaitan narkotik, hiburan dan memiliki senjata berjadual.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili berkata operasi yang bermula dari jam 8 malam pada 31 Disember sehingga 3 pagi semalam(1 Januari) itu melibatkan 13 pegawai dan 61 anggota pelbagai cawangan dan jabatan dalam dan PDRM dan 24 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan Bintulu dengan memfokuskan samseng jalanan, kesalahan dadah dan jenayah.

Menurut beliau, pihak polis turut mengeluarkan 47 kompaun ke atas 26 lelaki dan 21 perempuan berumur di antara 27 tahun hingga 64 tahun di bawah Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit ( Langkah- Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan ( No.8) 2020) kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penjarakan sosial.

Selain itu, pihak polis Bintulu turut mengeluarkan sebanyak 25 saman atas pelbagai kesalahan lalulintas.

“Melalui operasi ini juga, polis turut merampas parang, taji ayam, pisau lipat, kereta, dadah jenis syabu seberat 0.5 gram, 24 gram anja (dan set karaoke terdiri daripada televisyen, mikrofon dan lain lain, ujarnya.

Tegas Zulkipli lagi, Ibu Pejabat Polis Bintulu komited dalam memastikan kesejahteraan masyarakat dan akan berterusan memerangi apa juga bentuk pelanggaran undang- undang sedia ada.