MUKAH: Royston Valentine dipilih semula untuk mengemudi skuad Antidadah Daerah Mukah untuk penggal kedua berturut-turut sebagai pengerusi untuk sesi 2021 hingga 2023.

Beliau dipilih semula memegang jawatan utama tersebut setelah sesi 2017 hingga 2019 tamat dalam Me-syuarat Agung Skuad Antidadah Daerah Mukah Sesi 2021-2023 di Pusat Kegiatan Belia Mukah semalam.

Jawatan Timbalan Pengerusi diamanahkan kepada Muhamad Tarmizi Karnain Abdah,; Setiausaha Diana Stanislaus dibantu oleh Mohd Hafiq Ahmad dan Bendahari Norhayati Noh.

ROYSTON VALENTINE

Biro Sukan dan Rekreasi diketuai Jamal Wasli dan Allan Ernest, Biro Kerohanian dan Keagamaan (Khairul Samsanie Mahamood dan Christalvelle Anthony Hearry), Biro Kebajikan dan Sosial (Davra Harun dan Afiq Ali), Biro Keselamatan (Muhamad Ismail Bujang dan Muhamad Nurehsan Parnen), Biro Media dan Publisiti (Mohamad Dzulkarnain Noh dan Tompell Sutu), Biro Keusahawanan (Nuraffizan Affendi dan Mohd Hafizuddin Madihi), manakala jawatan dalam Biro Kesenian dan Kebudayaan dipertanggungjawab kepada Mohd Noor Syazreen Khamislan dan Mohd Azzamizal Junaidi.

Menurut Royston, mesyuarat bagi sesi 2021-2023 itu merupakan penggal kedua sejak penubuhan skuad itu pada 2017. “Skuad ini ditubuhkan di bawah Pejabat AADK Bahagian Mukah.

“Seramai 30 orang hadir dalam mesyuarat kali ini yang dikendalikan oleh pihak Pejabat AADK Daerah Mukah. Skuad Antidadah Daerah Mukah sebelum ini dikenali sebagai Skuad AADK Daerah Mukah.

“Sepanjang 2017-2019 Skuad AADK Daerah Mukah telah banyak membantu pelbagai agensi serta NGO di Mukah dalam pelaksanaan program yang menumpukan lebih kepada pencegahan dadah,” katanya.

“Ia juga membantu Pejabat AADK sendiri dalam programprogram Rawatan Dadah bersama Orang Kena Pengawasan (OKP). “Sasaran bagi sesi baharu ini adalah untuk membina jaringan kerjasama yang lebih besar bersama pelbagai lagi agensi kerajaan mahupun swasta serta badan-badan NGO di sekitar Mukah.

“Kita juga merancang lebih banyak program pencegahan dadah secara lebih kerap dan berimpak tinggi,” jelasnya lagi.

Turut hadir dalam mesyuarat agung tersebut ialah Ketua Pegawai Pejabat AADK Bahagian Mukah Felly Nora Joseph Na; Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Sarawak Muhd Tarmizi Karnain Abdah; jurulatih Akademi Pembangunan Bola Sepak Setia Raja Mukah Jamal Wasli dan Pengerusi Sayap Belia Persatuan Melanau Mukah, Diana Stanislaus serta 30 lagi hadirin lain.