SINGPURA: Singapura mengakui data yang yang dikumpulkan untuk pengesanan kontak boleh diakses oleh polis meskipun ada jaminan sebelumnya hanya digunakan untuk memerangi Covid-19, sekali gus mencetus kebimbangan privasi berkaitan skim tersebut.

Negara kota itu memiliki program yang disebut “TraceTogether” untuk mengesan kontak rapat pesakit Covid-19, yang berfungsi melalui aplikasi telefon dan dongle.

Kadar penggunaan awalnya perlahan disebabkan kebimbangan privasi tetapi telah meningkat kepada 80 peratus penduduk selepas kerajaan memberi jaminan dan keputusan mewajibkan penggunaannya untuk mengakses beberapa tempat awam seperti di pusat beli-belah.

Bagaimanapun, seorang pegawai kanan mengakui di parlimen bahawa polis dapat “memperoleh data” – termasuk maklumat yang dikumpulkan melalui program pengesanan kontak – dalam proses siasatan jenayah Menteri Luar Vivian Balakrishan mengatakan sepanjang pengetahuannya, pihak polis setakat ini hanya mengakses data pengesanan kontak dalam peristiwa tertentu, semasa siasatan pembunuhan.

Namun, kumpulan Hak Asasi Manusia menuduh kerajaan, yang selalu dikritik kerana sering menyekat kebebasan awam dan “merosakkan hak privasi”.

“Pengakuan itu mendedahkan bagaimana kerajaan secara diam-diam mengeksploitasi pandemik untuk meningkatkan pemantauan dan pengawasannya terhadap penduduk,” kata timbalan pengarah kumpulan HRW Asia, Phil Robertson kepada AFP.

Wartawan bebas dan aktivis Singapura, Kirsten Han pula berasa kecewa tetapi tidak terkejut. “Melihat pada rekod kerajaan, saya rasakan ia tindakan yang dapat diramalkan. Jika mereka dapat melakukannya, mereka pasti akan melakukannya,” kata Han.

Tambahnya, perkara itu menunjukkan mereka mempunyai sangat sedikit privasi daripada kerajaan dan ia tidak adil.

Bercakap di parlimen pada Selasa, Balakrishan mengatakan kerajaan hanya mahu bersikap terbuka ketika membuat pengakuan itu. TBanyak kemarahan dilepaskan di media sosial, dengan sesetengah warga Singapura mengatakan mereka rasa dikhianati. – AFP