KUALA LUMPUR: Tanda tanya sama ada negara akan kembali melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19 bakal diketahui Isnin ini kerana Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin dijangka membuat pengumuman berhubung perkara itu.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ramai rakyat yang sudah menularkan bahawa kerajaan akan melaksanakan sesuatu yang lebih ketat.

“Kerajaan sentiasa dengar rintihan dan pandangan rakyat dan kita sedang mempertimbangkan.

“Insya-Allah apa-apa nanti akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada Isnin nanti. Jadi kita tunggulah apa yang akan diumumkan dan bersedia dengan pengumuman itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media PKP Pemulihan(PKPP)/PKP Bersyarat (PKPB) sebentar tadi.

Rakyat mula meminta kerajaan melaksanakan PKP susulan peningkatan kes sejak kebelakangan ini.