SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) telah menutup fasiliti, tempat awam dan bangunannya susulan peningkatan kes Covid-19 di sini dengan serta merta.

Pengerusinya Kaunselor Clarence Ting Ing Horh berkata, penutupan itu berkuat kuasa serta-merta sehingga diberitahu kelak.

“Dimaklumkan bahawa semua kemudahan di bawah yang berada di bawah bidang kuasa MPS akan ditutup untuk penggunaan/tempahan untuk sebarang aktiviti bermula dari 11 Januari 2021 sehingga diberitahu kelak.

“Penutupan ini adalah inisiatif kami untuk mencegah Covid-19 setelah Sibu telah sebagai zon merah,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Manakala dari 11 Januari 2021 dan seterusnya sehingga pemberitahuan lebih lanjut, orang ramai disarankan untuk memastikan bahawa konsep 3C harus dipatuhi dengan ketat (untuk mengelakkan tempat sesak, sempit dan bercakap dekat) ketika menggunakan taman milik MPS yang disenaraikan di bawah untuk sebarang aktiviti.

Tidak dibenarkan sebarang perhimpunan di taman MPS kerana hanya terhad untuk senaman ringan individu sahaja.

Selain itu, sebarang penggunaan taman MPS selama ini adalah risiko pengguna sendiri.