SIBU: Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Kaunselor Clarence Ting Ing Horh mendedahkan kes positif COVID-19 hari ini bagi Sibu adalah sangat buruk.

Beliau berkata, dalam satu perjumpaannya pagi ini mengenai keputusan PKPB untuk aspek-aspek yang membabitkan pihak MPS.

“Pada perjumpaan itu, saya baru sahaja diberitahu bahawa bilangan positif COVID-19 di Sibu untuk hari ini jauh lebih buruk daripada semalam.

“Hospital kekurangan ruang untuk menempatkan semua pesakit Covid-19.

“Mereka mempertimbangkan untuk menggunakan tempat lain,” katanya sebentar tadi.

Rentetan itu, Ting menyeru semua orang di Sibu untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan mematuhi SOP dengan tegas.

“Jangan mengambil jalan mudah patuhi SOP!.

“Dijangka kes positif di Sibu akan terus meningkat beberapa hari akan datang,” tambah beliau.

Semalam, Sibu mencatatkan sebanyak 25 kes positif COVID-19 yang membabitkan Kluster Pasai dan saringan kendiri.