KUCHING: Beberapa bahagian di Sarawak dijangka dilanda hujan lebat sehingga 14 Januari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu notis amaran cuaca buruk hari ini, ia meletakkan Sarawak dalam tahap waspada.

Notis yang dikeluarkan pada jam 11 pagi itu menunjukkan bahagian-bahagian terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.