KUCHING: Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat sekitar jam 12 tengah hari ini, melibatkan 507 keluarga dan 1,826 mangsa.

Justeru, terdapat 33 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka untuk menempatkan mangsa-mangsa banjir dari Kuching, Samarahan, Serian dan Miri.

Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), setakat tengah hari ini juga bahagian paling teruk terjejas ialah Kuching.

Ekoran itu, untuk bahagian Kuching terdapat 23 PPS dibuka bagi menempatkan 337 keluarga dan 1,250 mangsa.

Manakala, dua PPS dibuka di Samarahan menempatkan 33 keluarga dan 95 mangsa, enam PPS di Serian menempatkan 133 keluarga dan 452 mangsa serta dua PPS di Miri menempatkan empat keluarga dan 29 mangsa.