KUCHING: Jenazah ibu Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Dayang Rosnah Abang Madeli, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya di sini pada 11.45 pagi hari ini.

Jenazah Allahyarhamah tiba di tanah perkuburan itu kira-kira 10.30 pagi selepas disolatkan di Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma pada 10 pagi.

Pengebumian itu hanya dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat Allahyarhamah atas permintaan keluarganya semalam yang memohon orang ramai agar tidak menghadiri upacara itu bagi mengelakkan kemungkinan penularan COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa sekarang.

Allahyarhamah Dayang Rosnah, 90, meninggal dunia di kediamannya di PJ Heights, Petra Jaya di sini pada 6.30 petang semalam akibat sakit tua dan meninggalkan 13 anak.

Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya adalah anak kesembilan Allahyarhamah.