KUCHING: Pembatalan sementara pertunjukan Pancuran Air Berirama Darul Hana di Tebingan Kuching akan berkuat kuasa 16 Januari sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Menurut Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), mereka mengambil tindakan tersebut untuk mengekang penularan wabak Covid-19 dalam kalangan orang awam yang berkunjung ke tempat-tempat tumpuan
para pengunjung.

Sebagai rekod, perkara tersebut telah diumumkan oleh DBKU menerusi satu notis yang dikeluarkan hari ini.

Terdahulu, Pancuran Air Berirama Darul Hana itu dipersembahkan dua kali setiap malam dan mengambil tempoh 15 minit setiap sesi.