Mangsa banjir di Sarawak meningkat, sembilan PPS dibuka

KUCHING: Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat, dengan kini seramai 517 orang melibatkan 170 keluarga.
Justeru, sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir dari Kuching, Miri dan Serian itu.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), setakat ini kawasan paling teruk terjejas ialah Kuching.
Ekoran itu, enam PPS telah dibuka iaitu di balai raya Taman Desa Wira Lorong 10A (35 mangsa, 16 keluarga), dewan SK Matu Baru (80 mangsa, 16 keluarga) serta dewan serbaguna Masyarakat Malihah (151 mangsa, 27 keluarga).
Selain itu di lot rumah kedai Batu Kawa (59 mangsa, 11 keluarga), SJK Chung Hua (60 mangsa, 19 keluarga) dan Dewan Masyarakat Stapok (91 mangsa, 73 keluarga).
Manakala dua PPS dibuka di Miri iaitu di balai raya Kampung Batu I (7 mangsa, 1 keluarga) dan Surau Darul Iman, Tudan Fasa 2 (13 mangsa, 1 keluarga).
Satu lagi PPS dibuka di Serian iaitu di dewan Kampung Betong Kanowit, yang menempatkan 21 orang mangsa daripada enam keluarga.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak