SERIAN: Adun Kedup, Martin Ben menasihati orang ramai agar tidak teragak-agak untuk menerima vaksin Covid-19.
Martin berkata, penerimaan vaksin itu bertujuan untuk untuk melindungi diri sendiri serta keluarga masing-masing.
“Harapan saya rakyat di Dun Kedup tidak teragak-agak untuk mendaftarkan diri menerima vaksin.
“Jangan dengar berita yang tidak bertanggungjawab mengenai vaksin ini,” ujar beliau kepada pemberita pada Program Imunisasi Covid-19 Sarawak di Dewan Masyarakat Serian, hari ini.
