Pengsan tersepit pada mesin

BINTULU: Seorang pekerja PMB Silicon Sdn. Bhd di Taman Perindustrian Samalaju – Bintulu pengsan akibat tersepit pada mesin penghantar di kilang berkenaan.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju dikerahkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3.45 pagi hari ini.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian, benar berlaku seorang pekerja kilang telah tersepit pada mesin penghantar kilang tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya PKO seterusnya mengeluarkan mangsa menggunakan “Hydraulic Telescopic Ram” untuk meregang dan mengangkat mangsa menggunakan pengusung (stretcher).

Lelaki berusia 24 tahun itu kemudian diserahkan kepada pihak keselamatan kilang untuk dihantar ke Hospital Bintulu.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak